Kerjaya kelab Adrien_Rabiot

Paris Saint-Germain

Rabiot telah dilahirkan di Saint-Maurice, Val-de-Marne. Beliau bermain bola sepak di peringkat belia untuk beberapa buah pasukan antaranya di Créteil-Lusitanos dan Manchester City. Pada 2 Julai 2012, selepas beraksi cemerlang di Camp des Loges, Rabiot menandatangani kontrak profesional selama tiga tahun bersama kelab Paris Saint-Germain.

Rabiot telah ditawarkan untuk ke skuad senior oleh pengurus Carlo Ancelotti semasa musim 2012–13. Dalam sesi pra-musim, beliau telah beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Barcelona. Pada 26 Ogos, beliau beraksi dalam penampilan sulungnya di Ligue 1 ketika terikat seri tanpa jaringan menentang Bordeaux.

Rabiot beraksi dalam penampilan sulungnya di Liga Juara-Juara Eropah pada 6 November 2012 ketika pasukannya menang 4-0 ke atas wakil Croatia, Dinamo Zagreb. Pada Januari 2013, beliau telah dipinjamkan ke kelab Toulouse. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 9 Mac 2013 ketika membantu pasukannya menang tipis 1-0 ke atas Brest.

Kembali ke PSG, Rabiot tampil dalam 46 perlawanan dan mencetak enam gol dalam dua musim berturut-turut iaitu dari tahun 2013 hingga 2015. Beliau memulakan kempen bagi musim 2015–16 dengan hambar apabila dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua dalam masa hanya 29 minit ketika perlawanan pembukaan menentang Lille.[2]

Rabiot menjaringkan gol pertamanya dalam pentas Eropah pada 25 November 2015 ketika menentang Malmö dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.[3] Beliau sekali lagi mencipta nama sebagai penjaring gol ketika perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge yang berkesudahan PSG menang 2-1 sekali gus meletakkan PSG untuk layak ke peringkat suku akhir selepas meraih kemenangan 4-2 menerusi agregat.[4] Empat hari seterusnya, beliau menyumbat gol ketika PSG membelasah pasukan tercorot, Troyes bagi memastikan PSG merangkul trofi liga dengan berbaki lapan perlawanan liga untuk menamatkan kempen.[5]

Rabiot beraksi untuk PSG pada tahun 2013.

Pada 23 April 2016, Rabiot telah dibuang padang pada aksi final Coupe de la Ligue menentang Lille.[6] Dengan menggabungkan dua musim, beliau telah menghasilkan empat gol dalam 60 penampilan serta telah menggenggam kejuaraan liga ketika musim 2017–18.[7]

Pada lewat Oktober 2018, Rabiot dan Kylian Mbappé telah digugurkan daripada kesebelasan utama oleh pengurus baru, Thomas Tuchel setelah mereka berdua lewat untuk hadir ke perjumpaan pra-perlawanan.[8] Pada Januari 2019, beliau menolak untuk memperbaharui kontraknya serta gagal untuk tampil dalam pasukan utama buat beberapa bulan sebelum ini. Beliau dipaksa untuk berlatih dengan pemain-pemain simpanan.[9]

Pada 14 Mac 2019, Rabiot telah digantung oleh PSG sehingga penghujung bulan tersebut kerana pergi ke kelab malam selepas kekalahan 3-1 kepada Manchester United dalam pentas pusingan ke-16 Liga Juara-Juara dan kerana menyukai siaran Instagram oleh Patrice Evra yang meraikan kemenangan United.[10]

Juventus

Pada 1 Julai 2019, Rabiot menyertai juara Serie A, Juventus menerusi perpindahan percuma.[11]

Rujukan

WikiPedia: Adrien_Rabiot http://www.espnfc.com/french-ligue-1/match/424452/... http://www.foxsports.com/soccer/story/paris-saint-... http://www.foxsportsasia.com/news/rabiot-i-think-m... http://www.goal.com/en-gb/match/lille-vs-psg/20458... http://www.goal.com/en-gb/match/psg-vs-lille/21957... http://www.juventus.com/it/news/news/2019/--bient-... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=201... http://www.psg.fr/fr/Equipe-Pro/300002/Fiche-Joueu...